LOKASI ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR

 

Zamzamhomestay Kuala Lumpur

 No 1, Jalan Satu, Kg. Perwira Jaya
Jalan Kendondong off Jalan Ampang Hilir
55000 KUALA LUMPUR



Dari MRR2, masuk Jalan Ampang menghala ke Kuala Lumpur jumpa Shell dan Petronas dihadapan Bangunan Risda, masuk kiri Jalan Ru, apabila jumpa simpang tiga masuk kanan iaitu Jalan Ampang Hilir, bertemu papan tanda Mesjid Nurul Islam, Kg Perwira Jaya, Kg Desa Pahlawan, Taman Tasik Ampang Hilir,  masuk ke kiri Jalan Kendondong, melalui Taman Tasik Rekreasi Ampang Hilir,  menuju ke Mesjid  Nurul Islam, Kampong Perwira Jaya /Desa Pahlawan, Kuala Lumpur. Zamzamhomestaykehadapan sedikit  dari  Mesjid Nurul Islam.


PERSEKITARAN ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR

Zamzamhomestay berada berhampiran penempatan kedutaan asing luar negara di Bandaraya Kuala Lumpur. Berhadapan Mesjid Nurul Islam Kampong Perwira jaya  / Kampong Desa Pahlawan, Jalan Kendondong daripada Jalan Ampang Hilir. 300 meter sahaja ke Tasik Rekreasi Ampang Hilir. Bersebelahan dengan Desa Pandan , Kampong Pandan dan Taman Nirwana serta Taman Angsana Hilir Ampang. Tidak jauh dari TESCO Ampang, Ampang Point, Bangunan RISDA, Hospital Ampang Putri, Hospital Glenneagle ,Duches,Bangunan Perkeso, Hotel De Palma dan Hotel Flemingo serta Ampang Putri.

Plaza Low Yat, PNB, Bangunan Tabung Haji dan KLCC serta menara Kuala Lumpur sekitar 5 km sahaja.


 

KESELESAAN DIUTAMAKAN ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR (GAMBAR DALAMAN)


With all the units are available, homestay we can accommodate more than 40 people or a bus at a time. BBQ facilities are available on request, booking for breakfast and dinner can be added as restructuring diuruskan.Keperluan provided at no additional charge.








 

KEMUDAHAN ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR

Kedai makan, pasaraya dan klinik beberapa meter saja dari Zamzamhomestay ini. Mesjid Nurul Islam dekat sahaja, mesjid ini diimarahkan oleh penduduk Desa Pahlawan, penduduk Kampong Perwira Jaya serta pegawai pegawai kedutaan asing yang ditempatkan di sekitar Jalan Ampang Hilir.

Kami menyediakan peralatan dan dapur untuk memasak, terdapat peti ais dan mesin basuh.

Kemudahan tempat untuk meletak kenderaan seperti kereta dan bas dihadapan Zamzamhomestay. Insyallah dijamin selamat.

KADAR SEWA ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR


1: Empat buah bilik di tingkat tiga, setiap bilik ada 1 AC, 1 TV, 1 bilik air dan tiga buah katil single atau satu katil double dan satu katil single.Satu tilam extra disediakan setiap bilik.Sebuah peti sejuk, sebuah mesin basuh, dapur untuk memasak disediakan diruang hall. Kadar sewa setiap bilik ialah RM 70.00. Satu rumah sewa RM 280.00. Boleh muat tetamu dari 16 hingga 20 orang. 

2: Rumah dua bilik ditingkat dua, setiap bilik ada AC, kipas angin,ada katil queen dan tilam tambahan, hall  ada kipas angin,  sofa, 1 TV, ada 1 bilik air, ada ruang dapor dan peralatan untuk memasak, 1 meja makan,1 mesin basuh dan satu peti sejuk. Kadar sewa ialah RM 170.00. Boleh muat tetamu dari 6 hingga 10 orang.

3: Rumah tiga bilik ditingkat bawah (east wing), bilik master ada katil queen, ada AC 1.5 HP, TV LED, hall kecil dgn sofa, ada bilik air dan air mandi panas. Bilik no 2 ada AC 1HP 1 double decker. Bilik no 3 ada katil queen, 1 HP AC, bilik air ada air mandi panas. Hall ada AC 1.5 HP, 1 TV dan DVD, peti sejuk, pemanas makanan, dan satu bilik air. Ada ruang dapur kecil dan peralatan untuk memasak. Kadar sewa ialah RM 250.00. Boleh muat tetamu dari 6 hingga 12 orang.

4: Rumah tiga bilik ditingkat bawah (west wing), bilik master ada katil queen, ada AC 1 HP,  ada bilik air dan air mandi panas. Bilik no 2 ada AC 1HP 1 katil queen. Bilik no 3 ada 2 katil single, 1 HP AC,. Hall ada 1 TV LED, peti sejuk, pemanas makanan, air. Ada ruang dapur kecil dan peralatan untuk memasak.Sebuah mesin basuh disediakan. Kadar sewa ialah RM 250.00. Boleh muat tetamu dari 6 hingga 10 orang.

5: Rumah empat bilik ditingkat dua, bilik master ada katil queen, 1 TV, 1 AC 1 HP, kipas angin serta bilik air kembar. Bilik dua tiga dan empat masing masing ada katil queen,1 AC 1 HP dan kipas angin serta bilik air kembar. Hall ada LED TV, meja makan , sofa dan kipas angin. Ada ruang dapor dan peralatan untuk memasak, 1 buah peti sejuk, pemanas makanan  serta mesin basuh. Terdapat satu bilik air tambahan di ruangan dapor. Kadar sewa ialah RM 280.00. Boleh muat tetamu dari 8 hingga 14 orang.

 

 

 

TEMPAHAN ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR




  

HUBUNGI KAMI

Pn Zainab 019-6038252


MINIMUM BOOKING DEPOSIT IS RM 50.00 OR 25% OF TOTAL PAYMENT ORDER AND WHICH IS HIGHER.



GAMBAR GAMBAR TETAMU TETAMU ZAMZAMHOMESTAY KUALA LUMPUR